Tuesday, August 4, 2009

ASB & Unit Trust : Mana Satu Lebih Untung?

Saya ingin berkongsi pendapat berkenaan ASB & Unit Trust kerana ramai orang tertanya-tanya kpd saya, mana satu yang lebih menguntungkan. Untung atau tidak, saya tidak dapat memberi jawapan sebenar kerana untung atau rugi dalam pelaburan, semuanya akan bergantung kepada prestasi sebenar dana pelaburan tersebut.

Tidak ada satu dana pelaburan yang boleh menjamin keuntungan, walaupun kadangkala kita mungkin di-approached oleh ejen unit trust tertentu yang menawarkan kadar pulangan yang lebih tinggi dari yang lain. Seseorang itu boleh mempamerkan past performance & past awards atau Investment Projection 20% setahun sekalipun, namun pada hakikatnya, tiada seorang pun boleh menjamin pelaburan yang dibuat di dalam unit trust akan mendatangkan keuntungan kepada pelanggannya.

Ini kerana dana yang declare dividen tinggi sekarang, tidak semestinya akan declare dividen tinggi selama-lamanya dan begitu juga dana yang declare dividen rendah, tidak semestinya rendah selama-lamanya. Sebab itulah, apabila anda melabur dalam unit trust, ada tercatat pada prospektusnya - "Past Performance does not reflect its Future Performance".

Secara amnya, ramai orang melabur tanpa memahami dana pelaburan yang mereka labur. Mereka tidak faham nature of their investment. Sebagai contoh, antara ASB & Unit Trust - bagaimana ia beroperasi?

Kedua-dua dana ini melibatkan risiko pelaburan, kerana sudah menjadi hukum alam, jika anda mahukan pulangan lebih, maka perlulah ambil risiko pelaburan lebih juga.

Cara ASB beroperasi adalah mudah. Anda masuk RM 1 pada hari ini, nilainya tetap RM 1 pada esok hari. ASB adalah pelaburan yang harga unit sahamnya tidak berubah-ubah. Pulangan dividen diberi dalam bentuk peratusan % dan kadangkala ditambah dengan bonus unit.

Dalam ASB, risiko pelaburan tetap ada, cuma ianya kurang kerana ASB adalah satu-satunya dana pelaburan yang dijamin kerajaan Malaysia. Sebagai contoh, sebelum ini ASB boleh declare dividen 10% setahun tetapi sejak 2-3 tahun lepas, kadar dividen mereka menurun kepada 7%. Ini menunjukkan risiko pelaburan tetap ada.

Bagaimana pula dengan unit trust? Ramai orang melabur dalam unit trust tanpa memahami dana yang dipilihnya dan cara unit trust berfungsi. Sebab itulah kita lihat, sesetengah orang bila sebut pasal unit trust, responsenya - "tak naklah nanti rugi".

Ramai orang terlupa, pelaburan unit trust mempunyai pelbagai jenis dana yang mempunyai profail risiko yang berbeza-beza. Unit trust biasanya terdiri dari dana yang aggresif (sebahagian besar dana dilabur dalam pasaran ekuiti/shares), dana seimbang (sebahagian dilabur dalam ekuiti/shares yang dipelbagaikan) dan dana yang konservatif (sebahagian besar dana dilabur ke pasaran bon dan pelaburan berisiko rendah). Tidak kira dana konvensional mahupun Islamik, biasanya profail risikonya adalah seperti di atas.

Ramai di antara kita melabur ke dalam unit trust tanpa mengikut profail risiko yang bersesuaian dengan dirinya. Anda perlu sedar, setiap orang ada tahap toleransi yang berbeza terhadap risiko pelaburan yang sanggup dia hadapi.

Jika anda seorang yang tidak sanggup menerima risiko kerugian dan hanya ingin melabur duit anda untuk sementara walaupun pada kada pulangan yang rendah, maka pilihlah dana yang konservatif.

Dan sebaliknya, jika anda sanggup menerima risiko kerugian (kehilangan sebahagian modal pelaburan) untuk mendapatkan pulangan tinggi dan mahu melabur dalam jangka panjang, maka pilihlah dana aggresif atau dana seimbang.

Dan jika anda mahu mempelbagaikan pelaburan anda, anda boleh meletakkan sebahagian di dalam dana konservatif dan sebahagian lagi di dana aggresif atau seimbang. Contoh: 30% dalam dana konservatif, 40% dalam dana seimbang dan baki 30% dalam dana aggresif.

Cara unit trust beroperasi juga berlainan dari ASB. Anda labur RM 1 hari ini, esok nilainya boleh menjadi 90 sen atau RM 1.10. Nilai seunitnya akan berubah ubah mengikut prestasi semasa dana.

Unit trust juga biasanya mempunyai 2 harga: buying and selling untuk cover initial service charge syarikat mutual tersebut. Contoh: Seling price 55.4 sen dan buying price 52.4 sen seunit. Perbezaannya adalah service caj syarikat tersebut.

Rujuk selling price untuk harga saham yg anda beli dan rujuk buying price untuk harga saham yg anda jual semula kpd syarikat mutual.

Melabur dalam unit trust ini ada 2 cara, iaitu melabur secara sekali-gus (lump sum) atau melabur secara berkala (regular savings). Melabur secara regular savings, biasanya untuk tujuan jangka panjang dan anda tidak perlu risau akan harga saham turun naik kerana risiko pelaburan anda sudah dipelbagaikan setiap bulan anda melabur (dollar-cost averaging theory).

Cuma melabur secara lump-sum, samada secara cash mahupun EPF, anda perlu beri perhatian kepada timing : iaitu bila nak beli dan bila nak jual?

Timing ini penting kerana ia boleh menentukan untung atau rugi dalam pelaburan anda. In theory, seseorang itu patut beli semasa saham harga murah dan menjual apabila harga unit sahamnya sudah naik melebihi modal asal + service chargenya.

Contoh: Beli pada selling price 55.4 sen dan buying price pada masa itu adalah 52.4 sen. Apabila ekonomi bertambah baik dan harga unit saham mula naik, contoh buying price 59.5 sen, anda boleh jual semula unit trust anda untuk mendapatkan keuntungan.

Bagaimana pula dengan dividen yang diberi dalam unit trust?

Pulangan biasanya diberi dalam bentuk bonus unit atau cash dividend atau kedua-duanya sekali. Biasanya agihan bonus unit adalah untuk dana yang banyak dilaburkan ke dalam ekuiti/shares. Jadi untuk dana ini, anda perlu kumpul sebanyak mana unit saham pegangan anda. Bagi dana yang banyak dilaburkan ke dalam bon atau sekuriti hutang, anda biasanya akan menerima cash dividen (dalam bentuk sen) untuk pelaburan anda.

Apa terjadi apabila anda menerima dividen berbentuk bonus unit?

Sebenarnya apabila sesebuah dana unit trust declare dividen berbentuk bonus unit, harga unit saham tersebut akan turun sedikit kerana pelarasan dividen tadi. Ini dapat anda lihat dengan jelas di dalam dana aggresif yang memberi bonus unit, contoh 15 unit tambahan untuk setiap 100 unit yang anda pegang. Return pelaburan bukannya 15%, sebaliknya bonus tambahan sahaja yang 15% bagi setiap 100 unit yang dipegang. Harga unit saham akan diselaraskan dengan bonus unit tambahan ini dan akan menyebabkan harga unit saham jatuh sedikit.

Contoh yang kerap berlaku pada hari ni, seseorang ejen unit trust mungkin 'meracun minda' anda dengan menyatakan, dana unit trustnya akan declare dividen 15% tidak lama lagi dan jika anda melabur sekarang, anda akan menerima dividen 15% itu tanpa perlu melabur sehingga 1 tahun. Maka anda pun melabur RM 10,000.

Ya, apabila declare bonus unit 15 unit setiap 100 unit pegangan, memang anda akan terima tambahan 15 unit itu, tetapi nilai pelaburan anda masih lagi kekal pada nilai RM 10,000 kerana harga unit saham sudah pun diselaraskan dengan pemberian bonus unit tambahan itu. Cuma pegangan unit saham anda sahaja bertambah. Nak untung, kena lah anda tunggu sehingga buying price anda naik.

Sebab itulah pada sesetengah orang, timing untuk dia membeli unit trust ini apabila dana tersebut sudah declare dividen atau semasa ekonomi merundum kerana harga unit saham adalah lebih rendah berbanding biasa.

Tips untuk Membeli Unit Trust? - Untuk pelaburan secara lump sum sahaja

1 - Pilih timing yang bersesuaian - beli semasa harga murah dan jual semasa harga mahal.

2 - Kenali diri anda dulu - Nak melabur selama berapa tahun? Short/long term? dan sejauh mana tahap toleransi risiko anda? Sejauh mana anda sanggup ambil risiko kerugian semata-mata nak dapatkan pulangan tinggi?

3 - Kenali profail dana pelaburan anda samada ia bersesuai dengan profail risiko anda.

4 - Berurusan dengan syarikat yang cekap dan mempunyai rekod pelaburan yang baik. Contoh, Unit saham syarikat mutual swasta perform lebih baik dari syarikat saham amanah negeri.

5 - Semak service caj yang dikenakan oleh syarikat mutual tersebut, samada ianya terlalu tinggi untuk anda. Caj biasanya antara 5%- 7% bagi dana aggresif/equity-based.

Untuk saya menyatakan yang mana satu lebih untung, ASB atau Unit Trust, saya tidak boleh menyatakan sedemikian kerana keputusan sebenar hanya akan diperolehi dari prestasi sebenar dana pelaburan yang anda pilih. Tiada seorang pun boleh menjamin pelaburan yang untung setiap masa tidak kira betapa manisnya mulut ejen tersebut.

Yang pasti, jika anda ingin melabur duit anda, sekurang-kurangnya tetapkan matlamat anda, kenali tahap toleransi anda terhadap risiko pelaburan dan fahami dana pelaburan anda terlebih dulu.

Monday, June 1, 2009

KWSP vs Saham

Mana yg lebih untung? Menyimpan dalam KWSP atau melabur dalam saham.

Hari ni saya terbaca satu artikel daripada The Star yg agak menarik menyentuh topik ini. Secara ringkasnya, penulis artikel tersebut menyarankan pelabur membiarkan simpanan dalam KWSP, kerana pulangan yang agak setimpal dengan risiko yang rendah berbanding jika melabur sendiri dalam saham.

Data perbandingan adalah antara tahun 1986 – 2008 (23 tahun). Pulangan saham adalah lebih tinggi sedikit iaitu 2.3% lebih tinggi berbanding KWSP. Tetapi dalam tempoh yang sama, kadar volatiliti KWSP hanyalah 1.5% berbanding KLCI iaitu 23.7%.

Ada benar jugalah pendapat penulis artikel tersebut. Apapun, terpulanglah kepada para pelabur untuk membuat keputusan.

Pada saya, saya yakin peluang sekarang ketika pasaran sedang merudum adalah masa yg paling baik untuk membeli saham. Data-data lepas membuktikan pasaran saham akan kembali pulih, cuma tempoh ia kembali pulih tu, tiada siapa yg tahu.

Selamat melabur!

Pelaburan Manakah Pilihan Terbaik Anda?


Prestasi Dana Ittikal untuk tempoh setahun (2007) adalah sangat baik iaitu pulangan melebihi 35% berbanding KLCI 31.8%. Manakala ASB pulak hanya 8% sahaja.
Maknanya jika anda melabur sebanyak RM1,000 dalam Dana Ittikal pada 2 Jan 2007, nilainya kini adalah RM1,267 setelah tolak kos 6.5%. Jika ia dilabur dalam ASB, nilainya adalah RM1080.
Mana satu pilihan anda?

Wednesday, May 20, 2009

Melabur Dalam Amanah Saham : Wajarkah Meminjam?

Pagi tadi saya menerima ‘brochure’ dari sebuah bank terkemuka tempatan yang menawarkan skim pembiayaan bagi melabur dalam sebuah dana Amanah Saham berharga tetap.

Tambah menarik, skim pembiayaan tersebut menawarkan perlindungan insurans bagi baki pinjaman yang belum dijelaskan. Mereka mengatakannya sebagai ‘sambil menyelam minum air’. Nampak bagus!.

Bagaimana pun saya ingin bertanya, dalam air yang bagaimanakah kita menyelam dan apakah jenis air yang kita diberi minum? Kalau air Zam-Zam teringin juga!!

Berbalik kepada pembiayaan tersebut. Pembayaran balik bulanan berdasarkan KPA -0.10% (6.65% dengan KPA semasa 6.75%).

Adakah KPA -0.10% berterusan sehingga tempoh (tahun) pembiayaan tamat ? Berdasarkan pengamatan saya terhadap pakej sebelum ini, bank yang sama mengenakan KPA +0.1% pada setiap tahun sehingga tamat tempoh pembayaran balik.

Wajarkah kita meminjam bagi tujuan melabur dalam Amanah Saham? Tiada jawapan yang tepat. Ianya bergantung kepada diri sendiri. Apakah yang kita mahu? Apakah objektif kita melabur? Siapakah kita sebagai pelabur?

Minima pembiayaan yang ditawarkan ialah RM 30,000 dan maksima RM 200,000.00. Tempoh bayaran balik ialah dari 5 tahun hingga ke 20 tahun.

Saya ingin mengambil contoh pembiayaan berjumlah RM 50,000.00 dan bayaran balik selama 20 tahun:

Jumlah pinjaman : RM 50,000.00
Tempoh bayaran balik : 20 tahun (240 bulan)
Bayaran balik sebulan : RM 377.22
Jumlah bayaran balik : RM 90,532.80 (240 bulan)

Berapakah nilai pelaburan anda pada tahun ke 20?

Saya mengandaikan dana Amanah Saham tersebut memberikan purata pulangan sebanyak 10% (compounded interest) :

Maka nilai pelaburan RM 50,000.00 : RM 336,375.00 ( 10 % setahun )
Bayaran balik (RM 377.22 @240 bulan) : RM 90,532.80
Keuntungan bersih : RM 245,842.20

Berapakah keuntungannya jika kita melabur dalam Amanah Saham tanpa meminjam?

Berdasarkan kepada bayaran balik di atas iaitu RM 377.22 dan purata pulangan 10% setahun;

Jumlah pelaburan setiap bulan : RM 377.22
Tempoh pelaburan : 20 tahun (240 bulan)
Jumlah pelaburan (pokok) : RM 90,532.20 (240 bulan)
Nilai pelaburan pada tahun ke 20: RM 273,102.27( purata 10% setahun )

Perbezaan:

Nilai pelaburan bulanan : RM 273,102.27 (RM 377.22 sebulan/240 bulan)
Nilai pelaburan RM 50,000 : RM 245,842.20 (tolak bayaran balik pinjaman)

Beza : RM 27,260.07

Mana satukah untung? Melabur melalui pinjaman atau melabur secara tetap setiap bulan?

Lihat kepada diri kita. Kemampuan kita. Disiplin diri kita.

Jika kita boleh membuat bayaran balik RM 377.22 setiap bulan selama 240 kali ke dalam akaun bayaran balik pinjaman bank tidakkah lebih baik kita masukkan terus RM 377.22 ke dalam akaun pelaburan Amanah Saham kita?

Tidak perlu bersusah payah. Masih bank yang sama. Masih kaunter bank yang sama. Tetap 240 kali kita pergi ke bank yang sama.

CUMA: masukkan dalam akaun Amanah Saham BUKAN akaun bayaran balik pinjaman.

Tidakkah anda mahu untung RM 27,260.07 hanya dengan menyimpan duit melalui penggunaan slip yang berlainan? Daripada slip bayaran pinjaman kepada slip pelaburan tambahan. Kedua-dua slip ini ada didepan anda bila anda berada di bank. Pilihlah!!

Tiada modal diperlukan. Slip bayaran pinjaman disediakan. Slip penambahan pelaburan pun disediakan. Malah pen pun disediakan oleh pihak bank !!

CUMA: Gunakan kebijaksanaan anda!!!. Berfikir tidak dikenakan bayaran.
Percuma.

UNTUNG: RM 27,260.07 !!!

Sunday, May 17, 2009

Masa untuk melabur?

Adakah sekarang masa yang sesuai untuk melabur? Dengan ekonomi serantau yang tidak menentu, bermula dengan krisis sub-prima di US diikuti peningkatan harga minyak, inflasi yang mencecah 7.7% serta suasana politik negara yang tidak menentu - adakah masa yang tepat untuk memasuki pasaran?

Strategi 'cost dollar averaging' mungkin nampak menarik dalam membuat keputusan untuk melabur dalam unit trust dalam keadaan pasaran sekarang. Satu perkara yang perlu difikirkan, adakah pasaran telah mula mengukuh? Indek BSKL pada 17 Mei 2009 ditutup pada 1014.21 mata setelah jatuh daripada rekod tertinggi 15++ sebelum pilihanraya ke 12 (Sekitar bulan Okt 2008 hingga Feb 2009 indek menurun keparas 8++ hingga 9++ mata dan kembali melonjak naik semula pada Mei 2009 yang mana ianya menunjukkan terdapat peningkatan mengukuh dalam pasaran saham). Dan kalau tidak silap, BSKL pernah merudum keparas 7++ suatu masa dulu, sekitar tahun 1998. Tidak mustahil kitaran ini akan berlaku lagi.

Jadi adakah perlu menunggu sehingga indek mencecah 7++ mata? Atau sekarang indek BSKL pada fasa reversal? Perlu diingatkan, amalkan strategi 'cost dollar averaging' dalam keadaan uptrend market.

Dalam keadaan yang tidak menentu, sediakan tabungan sebagai persediaan untuk memasuki pasaran bila market telah kukuh. Biasanya kita sering terlepas peluang keemasan - tiada modal bila peluang ada di depan mata!!

Friday, May 15, 2009

Ke Mana Hala Tuju Pasaran?

Pakar Memberikan Pendapat Yang Berbeza...

Ramai yang tertanya-tanya ke mana hala tuju pasaran dalam tempoh terdekat dan juga dalam jangka panjang. Ini kerana pasaran saham telah mula naik dan ramai yang takut bahawa mereka akan terlepas peluang mengaut untung.

Sepertimana pendapat ramai dari kalangan pakar penganalisis ekonomi mengatakan bahawa kita tidak harus panik apabila saham jatuh dan menganggapnya sebagai peluang keemasan. Malah kegawatan ialah peluang terbaik untuk mencari untung.

Namun begitu, memandangkan kenaikan pasaran sejak sebulan lepas, adakah sudah tiba masanya untuk pelabur berlumba-lumba memasuki pasaran?

Pandangan saya ialah jangan terburu-buru, tinjau dulu pandangan pakar tentang pasaran semasa.

Nouriel Roubini - Beliaulah antara segelintir pakar yang meramalkan kejatuhan pasaran dan kegawatan serius akan berlaku, sebelum orang lain menyedarinya. Pada pandangan Roubini, kenaikan saham sekarang dianggap sebagai 'dead cat bounce' kerana ekonomi belum pulih sepenuhnya. Pemulihan dijangka amat perlahan dan kenaikan sekarang terlalu cepat dan tidak disokong oleh data ekonomi.

Marc Faber - Dikenali sebagai "doctor doom", tetapi beliau berpendapat situasi paling buruk telah berlaku. Walaupun meramalkan volatiliti tetap tinggi dan saham akan jatuh buat seketika, beliau berpendapat pasaran akan mula naik dengan ketara pada hujung tahun ini.

Tang Teng Boo - Pemilik iCapital, dana tertutup yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan seorang pakar yang pandangannya sangat dihormati di Malaysia. Beliau menganggap fasa kenaikan saham telah bermula dan sesiapa yang tidak mula melabur sekarang akan terlepas peluang keemasan.

Mohammed Rashdan Yusof - CEO Maybank Investment Bank berpendapat kenaikan pasaran semasa terlalu tinggi kerana ekonomi masih belum pulih lagi. Akibatnya pelabur dijangka mengambil untung dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, berasaskan apa yang saya baca, ada sesetengah pengurus dana sedang mengurangkan pendedahan mereka kepada saham buat masa ini dengan menjual kerana harga telah naik sejak sebulan lepas, sedangkan ada pula yang sibuk membeli saham, meramalkan bahawa harga saham akan terus naik lagi menjelang akhir tahun.

Justeru kita dapat melihat dua pandangan berbeza. Sebab itulah anda tidak harus terburu-buru untuk mengejar saham sekarang sekiranya sudah terlepas peluang membeli semasa saham berada di tahap terendah antara Oktober - Januari.

Pada pandangan saya, pemulihan akan tetap berlaku dan akan dilihat tidak lama lagi. Saham akan turun naik sehingga akhir tahun dan jika ia turun inilah peluang baik bagi kita untuk membeli dengan matlamat untuk menyimpannya dalam jangka panjang bagi mengambil kesempatan daripada pemulihan yang berlaku sepanjang tempoh satu hingga lima tahun akan datang.

Thursday, May 14, 2009

Rakyat Malaysia Malas Menabung

Hanya 39% rakyat Malaysia menabung.
28% sahaja merangka bajet bulanan dan mematuhinya.
21% membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.
37% bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka.
RAKYAT MALAYSIA didapati belum bersedia dari segi kewangan apabila berlaku kehilangan punca pendapatan atau diberhentikan kerja ekoran kegawatan ekonomi kerana kurang menabung. Hasil kaji selidik Citibank mengenai kesedaran perancangan kewangan rakyat Malaysia sangat membimbangkan.

Kaji selidik terbaru Citibank Bhd berhubung kesedaran perancangan kewangan bagi suku terakhir 2008 itu, menunjukkan hanya dua daripada lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini yang menabung. Sementara itu, kurang satu daripada tiga individu atau 28 peratus merangka bajet bulanan dan mematuhinya. Ketua Segmen Pemasaran Perbankan Runcit Citibank, Timothy Johnson, berkata penemuan kajian itu juga mendapati 21 peratus daripada responden membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.

Berdasarkan persekitaran ekonomi global semasa yang amat mencabar, hasil kaji selidik ini agak membimbangkan. Meskipun penanda aras kesedaran rakyat negara ini mengenai perancangan kewangan dan persaraan bagi suku akhir 2008, meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu, ia masih belum mantap, katanya pada sidang media selepas membentangkan keputusan kajian itu di Kuala Lumpur, semalam.